• 2 maut, 24 cedera ditembak di Las Vegas

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    LAS VEGAS: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lebih 24 yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di satu festival muzik di sini, menurut pihak hospital.

    Menurut polis, seorang suspek sudah "ditumpaskan" tetapi tiada pengesahan sama ada lelaki itu mati atau pun cedera.

    Jurucakap hospital di Pusat Perubatan Universiti berkata, sejumlah 14 mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan mereka semua mengalami kecederaan akibat ditembak. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 2 maut, 24 cedera ditembak di Las Vegas "