• 2 Buah Rumah Panjang Hangus Terbakar

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    MIRI – Seramai 450 penghuni dua buah rumah panjang kayu di Sibuti yang terletak di pinggir Bandaraya Miri hilang tempat tinggal dalam kebakaran 4.15 petang semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Pennyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata rumah panjang itu ialah Rumah Panjang Majang Rangkai yang mempunyai 45 pintu serta 250 penghuni dan Rumah Panjang Jambai Zali yang mempunyai 36 pintu serta 200 penghuni.

    “Buat masa ini mangsa-mangsa kebakaran yang tidak mengalami sebarang kecederaan ada yang tinggal di rumah saudara, dewan dan rumah berhampiran yang tidak terbakar,” katanya.

    Beliau berkata pihak bomba turut mengalami kesukaran untuk ke lokasi kejadian yang terletak di dalam ladang kelapa sawit memandangkan jalan ke lokasi kejadian adalah sempit serta sukar dilalui kerana turut terdapat kenderaan yang diletak ditepi jalan.

    Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA
  • No Comment to " 2 Buah Rumah Panjang Hangus Terbakar "