• 1MDB Selesaikan Perjanjian Berat Sebelah: PM

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal menjana keuntungan untuk rakyat selepas program rasionalisasinya selesai, kata Datuk Seri Najib Razak.

    Perdana Menteri berkata, ia tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakannya selama bertahun-tahun.

    Beliau menegaskan, dakwaan kononnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperlukan bagi membayar 1MDB adalah pembohongan besar, malah penipuan itu disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan terbabit.

    "1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin.

    "Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya. Dengan itu ia menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang.

    "Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk 'Tiada Lagi Perjanjian Pilih Kasih'," katanya dalam entri bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Lebih Kuat dan Berdaya Saing' menerusi blog najibrazak.com, hari ini.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, 1MDB turut membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan kerajaan pada masa dahulu.

    Selain itu, katanya, ia turut membiayai beribu biasiswa dan perjalanan haji untuk jemaah.

    "Memang benar 1MDB mempunyai masalahnya dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan serta mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.

    "Apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka membuat keuntungan lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya manakala pembohongan rakyat perlu menanggung akibat keputusan 1MDB akan terkubur," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 1MDB Selesaikan Perjanjian Berat Sebelah: PM "