• 16 Sekolah Daif Di Daro Perlu Perhatian Segera

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Terdapat 16 sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro yang kebanyakannya dalam keadaan daif dan hanya dapat dihubungkan dengan jalan air ketika ini.

    "Justeru saya berharap peruntukan diumum kerajaan negeri dapat juga disalur melibatkan beberapa sekolah di kawasan Daro," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, beliau amat memahami usaha dan inisiatif kerajaan negeri untuk memperbaiki keadaan sekolah uzur menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri memartabatkan mutu pendidikan negeri ini.

    Tambahnya, usaha tersebut adalah untuk melonjakkan kualiti pendidikan termasuk dengan kewujudan Kementerian Pendidikan di Sarawak.

    "Sebab di peringkat negeri, hanya kita (Sarawak) yang ada kementerian menyentuh hal pendidikan sendiri," ujarnya.

    Safiee menjelaskan, kerajaan persekutuan harus menyediakan dan memberi peruntukan secukupnya untuk menambahbaik prasarana sekolah di Sarawak pada masa depan.-Sarawakiana
  • No Comment to " 16 Sekolah Daif Di Daro Perlu Perhatian Segera "