• 1.5 Juta Pemegang ASNB Berusia 6 Hingga 18 Tahun

    Published: Sunday, 1 October 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA – Terdapat sebanyak 1.5 juta pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berusia enam bulan hingga 18 tahun dengan pelaburan berjumlah RM6.746 bilion, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.

    Beliau berkata, jumlah itu mewakili 11.4 peratus daripada keseluruhan 13.1 juta pemegang unit pelaburan dalam 10 produk unit amanah ASNB yang direkodkan sehingga 31 Ogos lepas.

    Generasi berusia enam bulan hingga 18 tahun merupakan antara sasaran PNB dalam program Didik Pelabur yang dianjurkan setiap tahun, katanya.

    “Sebagai sebuah institusi yang diberi mandat untuk mengurus dan mengukuhkan ekuiti bumiputera di negara ini, kami mahu memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan generasi muda yang bijak mengurus wang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena penutupan Fiesta Labur PNB 2017, di sini hari ini.

    Abdul Wahid berkata, program selama empat hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran ASNB itu merealisasikan matlamat PNB untuk menyampaikan maklumat pelaburan kepada orang ramai terutamanya masyarakat Putrajaya dan kawasan sekitarnya. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " 1.5 Juta Pemegang ASNB Berusia 6 Hingga 18 Tahun "