• 1.5 Juta Hektar Tanah Sarawak Untuk Kelapa Sawit

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak akan meneruskan usaha menggembangkan industri kelapa sawit, kata Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pengurusan Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

    Untuk tujuan itu beliau berkata, sasaran kerajaan negeri untuk memiliki sejuta hektar tanah untuk peladangan kelapa sawit sudah dicapai.

    Menurutnya, tumpuan sekarang adalah untuk mencapai 1.5 juta hektar tanah untuk sektor peladangan kelapa sawit.

    "Banyak pihak luar mengkritik usaha kita untuk membangunkan negeri menerusi sektor ini.

    "Bagaimanapun, kita mencapai kemajuan membanggakan dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar," katanya ketika merasmikan Seminar Pemuliharaan dan Kelestarian Alam Sekitar 2017 di sini, hari ini.

    Beliau menjelaskan, industri kelapa sawit di Sarawak diberi tunjuk ajar oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO).

    "Dalam setiap inisiatif pembangunan, kita sentiasa mempertimbangkan kelestarian alam sekitar yang sihat," ujarnya.

    Mengulas mengenai kualiti air, Len berkata, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mewujudkan program memantau kualiti air.

    "Mereka (NREB) memantau lebih kurang 62 sungai, tiga tasik dan empat empangan.

    "Usaha ini adalah untuk memastikan sungai dan tasik kita bersih selain sumber air kita diuruskan dengan baik," jelasnya.-Sarawakiana






  • No Comment to " 1.5 Juta Hektar Tanah Sarawak Untuk Kelapa Sawit "