• Zuckerberg Nafi Anti Trump

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    CALIFORNIA: Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mempertahankan peranan syarikatnya dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) dan menolak dakwaan dalam tweet dari Donald Trump yang mengatakan rangkaian sosialnya menentangnya.

    Zukerberg mengambil langkah bertahan selama beberapa minggu berhubung pendedahan bahawa ejen Rusia membeli iklan di Facebook dan mencipta akaun palsu untuk menimbulkan ketegangan politik di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya presiden 2016.

    Dalam siaran Facebook pada hari Rabu, Zuckerberg berkata Trump dan parti liberal kecewa mengenai idea dan kandungan di Facebook semasa kempen.

    "Inilah cara mengendalikan platform untuk semua idea," kata Zuckerberg.

    Zuckerburg berkata, kempen 2016 adalah yang pertama di Amerika Syarikat di mana internet adalah cara utama calon berkomunikasi dan keupayaan calon dan pengundi untuk berinteraksi adalah perkara yang baik.

    Malah usaha memujuk untuk keluar mengundi telah mendorong 2 juta orang mendaftar untuk mengundi.

    Terdahulu, Trump mengkritik Facebook sebagai "anti-Trump" dan mencadangkan syarikat itu bersubahat dengan saluran media lain yang menentangnya.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Zuckerberg Nafi Anti Trump "