• Zidane Lega Ronaldo Kembali

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    MADRID: Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane menjelaskan pentingnya kehadiran semula pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dalam skuadnya menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara berdepan APOEL Nicosia, Khamis ini.

    Ronaldo digantung empat perlawanan terakhir Real selepas menolak pengadil dalam saingan Piala Super Sepanyol.

    Ketiadaannya tampak memberi kesan terhadap prestasi juara Eropah itu apabila sekadar seri di gelanggang sendiri ketika berdepan Valencia dan Levante dalam dua perlawanan terakhir mereka.

    "Dia bukan sekadar menjaringkan gol," kata Zidane. "Dia seorang pemain penting dalam skuad, dia adalah pemimpin.

    "Dia sentiasa mahu menang dan dia mampu mempengaruhi persembahan pemain lain.

    "Setiap kali dia bersama kami, saya sebagai jurulatih dan pemain lain akan gembira."

    Ketiadaan Ronaldo sangat dirasai disebabkan kekurangan pilihan di bahagian serangan Real.

    Real gagal mendapatkan pengganti Alvaro Morata yang berpindah ke Chelsea, selain terlepas peluang mendapatkan khidmat Kylian Mbappe yang menyertai Paris Saint-Germain. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Zidane Lega Ronaldo Kembali "