• Zahid bidas Myanmar sekat bantuan Rohingya

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+
    MANILA 21 Sept. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pagi ini membuat kenyataan tegas dan berani Malaysia mengenai isu Rohingya di Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) + 3 di sini selepas isu tersebut dibangkitkan oleh Myanmar.

    Timbalan Perdana Menteri mempersoalkan tindakan Myanmar yang tidak membenarkan bantuan kemanusiaan daripada organisasi antarabangsa dan tindakan pasukan keselamatannya yang membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan kerana etnik Rohingya adalah manusia bukannya haiwan.


    “Walaupun ada perbezaan pendapat, krisis di Rakhine perlu ditangani menurut piawaian antarabangsa jika Myanmar benar-benar mengamalkan demokrasi,” tegasnya pada mesyuarat itu. 


    Sebelum itu wakil Myanmar mempersoalkan bantuan antarabangsa untuk Rohingya kerana menuduh mereka sebagai pengganas. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Zahid bidas Myanmar sekat bantuan Rohingya "