• Yingluck Dihukum Penjara Lima Tahun

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+
    BANGKOK - Mahkamah Agung Thailand hari ini mendapati bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersalah tanpa kehadirannya kerana kecuaian dalam pelaksanaan skim subsidi beras yang menimbulkan kontroversi dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

    Seramai sembilan hakim Bahagian Jenayah Untuk Pemegang Jawatan Politik Mahkamah Agung mengumumkan penghakiman yang telah lama dinanti-nantikan itu.

    Adik kepada bekas Perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra tidak menghadiri prosiding untuk mendengar keputusan mahkamah. Keberadaannya sekarang masih menimbulkan misteri sejak gagal hadir pada prosidng mahkamah yang sam bulan lepas.

    Kerana ketidakhadiran Yingluck bulan lepas, mahkamah menangguhkan keputusan sehingga hari ini.

    Kerajaan mendakwa bahawa skim subsidi beras yang dilaksanakan semasa pentadbiran Yingluck menyebabkan negara itu menanggung kerugian kewangan yang besar walaupun bekas perdana menteri itu menafikan tuduhan itu sepanjang perbicaraan selama dua tahun.

    Yingluck menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand pada 2011 selepas memenangi pilihan raya umum sebelum beliau digulingkan oleh junta tentera pada Mei 2014. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Yingluck Dihukum Penjara Lima Tahun "