• Yingluck Berada Di Dubai - PM Thai

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha, hari ini berkata bekas Perdana Menteri negara itu, Yingluck Shinawatra, kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    "Beliau berada di Dubai. Polis kini perlu terus bekerjasama dengan Kementerian Luar dan Interpol," katanya kepada wartawan, menambah Kementerian Luar mengesan lokasi Yingluck.

    Mahkamah Agung Thailand mensabitkan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara tanpa kehadiran Yingluck semalam kerana salah urus skim subsidi beras.

    Pembantunya berkata, Yingluck meninggalkan Thailand kerana bimbang dijatuhi hukuman berat.

    Bulan lalu, beliau melarikan diri ke Dubai, kerana abangnya, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memiliki rumah di sana. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Yingluck Berada Di Dubai - PM Thai "