• Warga Asing Lemas Jatuh Kolam Di Mukah

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    MUKAH: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui lemas dalam kolam berdekatan kilang memproses kelapa sawit di Jalan Mukah-Selangau dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 5.00 petang semalam, mangsa Heritino Pai, 29 dipercayai terjatuh ketika memancing di kolam takungan buatan yang dijadikan kawasan tadahan air berdekatan kilang tempat mangsa bekerja.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa kira-kira setengah jam selepas insiden tersebut berlaku.

    Menurutnya, rakan-rakan mangsa telah berusaha mencari mangsa namun gagal, sebelum memohon bantuan pihak Bomba untuk mencari dan menyelamat.

    Pihak Bomba berjaya menemui mangsa kira-kira jam 8.30 malam tadi pada jarak kedalaman 12 kaki di kolam tersebut.

    Pihak perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Warga Asing Lemas Jatuh Kolam Di Mukah "