• Wanita PRS Kemuka 6 Calon

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Doris Sophia Brodie menyatakan Sayap Wanita parti tersebut telah mengemukakan enam nama calon wanita bagi semua kerusi Parlimen PRS.

    "Kami telah mengemukakan cadangan kepada parti dan menghantar nama calon bagi semua kerusi Parlimen," katanya.

    Menurutnya, ia jelas membuktikan wanita PRS juga berkaliber dan berkebolehan tanpa mengira dari mana konstituensi Parlimen mereka.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Doris turut memberitahu kebanyakan pengundi mereka adalah wanita dan PRS telah memenangi semua kerusi parti yang menandakan wanita sebagai 'King Maker' kepada kemenangan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

    "Mungkin ada pertukaran ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi apa yang kami lakukan sekarang sudah mencukupi sebagai tanda kesediaan wanita PRS di semua Parlimen," jelas beliau.

    Ujarnya, beliau rasa sudah tiba masanya PRS mempertimbangkan calon wanita sekurang-kurangnya seorang, kerana wanita PRS mempunyai calon wanita yang berkaliber, berkebolehan dan mampu menjadi pemimpin.

    Doris yang juga setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak menjelaskan, adalah lebih baik peluang diberikan kepada muka baharu walaupun dia mengetahui namanya antara calon wanita yang dicadangkan pada PRU14 nanti. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita PRS Kemuka 6 Calon "