• Wanita Kahwin Diri Sendiri Selepas Gagal Cari Mr Right

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    SELEPAS 20 tahun mencari Mr Right, akhirnya Laura Mesi mengalah. Disebabkan kegagalan mencari suami, Laura mengatur satu majlis perkahwinan dengan pasangannya adalah dirinya sendiri.

    Laura nekad mengahwini dirinya sendiri di dalam satu majlis perkahwinan yang pelik di Lissone, Itali.

    Majlis itu diadakan meriah dengan konsep perkahwinan ala kisah dongeng dan dia menjemput rakan serta keluarganya.

    “Saya beritahu keluarga dan rakan-rakan saya bahawa jika saya masih gagal mencari teman hidup menjelang usia saya 40 tahun, maka saya akan mengahwini diri saya sendiri, pada hari jadi saya,’’ katanya.

    Namun jika suatu masa Laura menemui lelaki idamannya, dia akan merancang perkahwinan lain. Bagaimanapun Laura menegaskan kebahagiaan tidak semestinya bergantung dengan kehadiran lelaki dalam hidup.

    Selepas gambar perkahwinan itu dimuat naik dalam media sosial, Laura menjadi popular. Dia dan dirinya itu akan berbulan madu di Mesir.

    Perkahwinan itu bagaimanapun tidak terikat dengan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Kahwin Diri Sendiri Selepas Gagal Cari Mr Right "