• Wanita Berwajah Merah Jambu

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+


    SEORANG wanita membuat keputusan mengejutkan untuk mewarnakan wajahnya menggunakan cat poster warna merah jambu.

    Semuanya gara-gara pengguna Twitter ini dengan nama @LeleTill mahu membuat demonstrasi bahawa cat yang digunakannya itu boleh ditanggalkan pada kulit dengan hanya membasuhnya menggunakan air.

    Bagaimanapun, gambar selepas wajahnya dicuci jelas menunjukkan bahawa sesiapa pun jangan mempercayai bulat-bulat produk yang digunakan.

    Ini lebih-lebih lagi sekiranya ada tidak mempunyai perancangan untuk menggunakan produk berkenaan.

    Ternyata produk tersebut hanya digunakan untuk mengecat poster dan bukan pada wajah.

    Wajah wanita tersebut atau nama sebenarnya Leah masih kekal berwarna merah jambu, tetapi dengan tona lebih cerah berbanding selepas dibasuh.

    Malah dia membuat keterangan gambar untuk membawa pengeluar produk itu ke mahkamah.

    Walaupun eksperimen Leah tidak menjadi sehingga mengakibatkan wajahnya berwarna merah jambu, tetapi dengan sekelip mata dia menjadi popular di Internet. - odditycentral

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Berwajah Merah Jambu "