• Venus Jumpa Stephens Di Separuh Akhir

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    NEW YORK: Juara Grand Slam tujuh kali, Venus Williams menjadi pemain paling tua mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada usia 37 tahun selepas menewaskan juara Wimbledon dua kali, Petra Kvitova 6-3, 3-6, 7-6 (7/2), sebentar tadi.

    Pemain pilihan kesembilan, Venus yang kini dalam misi memburu gelaran Terbuka AS ketiga mara ke separuh akhir dan bakal bertemu rakan senegara, Sloane Stephens yang menghuni ranking ke-83.

    Stephen yang terlepas aksi selama 11 bulan kerana kecederaan kaki sebelum ini kembali di Wimbledon dan menyamai rekod terbaiknya dengan menewaskan pilihan ke-16 dari Latvia, Anastasija Sevastova 6-3, 3-6, 7-6 (7/4).

    Venus bakal melonjak ke dalam kelompok lima terbaik dunia buat kali pertama sejak Januari 2011 susulan kejayaan mara ke separuh akhir.

    "Saya sangat bernasib baik dapat memenangi perlawanan ini. Ia jelas perlawanan yang sukar, saya cuba membuatkan diri saya menikmati kejohanan ini, persaingan dan saya fikir saya boleh melakukannya," kata Venus.

    Venus yang menjadi pemain paling tua beraksi di separuh akhir sejak Martina Navratilova melakukannya pada Wimbledon 1994 berjaya memenangi terbuka AS 2000 dan 2001.

    Tahun ini, dia muncul naib juara Wimbledon dan Terbuka Australia serta berpeluang untuk mara ke final tiga acara Grand Slam dalam setahun buat kali pertama sejak tahun 2002.

    Sementara itu, Stephens yang memenangi 13 daripada 15 perlawanan dan menyamai rekodnya di Terbuka Australia 2013 menyifatkan pencapaian itu sangat menakjubkan.

    "Ia sesuatu yang menakjubkan. Apabila saya kembali bermain di Wimbledon saya tidak pernah mimpi untuk mendapat keputusan seperti ini. Ia luar biasa," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Venus Jumpa Stephens Di Separuh Akhir "