• Usaha Dapat Tambahan Hasil Kutipan Cukai Pelancongan Diteruskan

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri masih berusaha mendapatkan tambahan hasil kutipan daripada Cukai Pelancongan, demikian tegas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Karim memberitahu bahawa kerajaan negeri akan menguruskannya dari belakang tabir bersama kerajaan persekutuan.

    "Kerajaan negeri akan menguruskan di belakang tabir bersama kerajaan persekutuan kerana ia bukan hanya melibatkan Kementerian Pelancongan dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan sahaja, ia adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan.

    "Sebab itulah kita lakukan dari belakang tabir, kita akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih daripada apa yang diberikan sebelum ini,"katanya dipetik sebagai berkata. - Sarawakiana
  • No Comment to " Usaha Dapat Tambahan Hasil Kutipan Cukai Pelancongan Diteruskan "