• Umrah Kerana Allah, Bukan Tentukan Jantina - Sajat

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    Usahawan kosmetik Nur Sajat menyelar pihak tertentu yang masih mempertikaikan jantinanya dalam urusan ke tanah suci.

    Sajat, 32, berkata hal jantina tidak perlu dipersoalkan kerana perjalanan umrahnya hujung tahun ini dilakukan semata-mata kerana Allah.

    “Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah.

    “Orang nak ‘judge’ saya macam-macam, saya tak ambil peduli kerana saya tahu nak pergi sana untuk jumpa Pencipta saya.

    “Tak kisahlah mereka nak menafikan ke mengata ke pasal diri saya, itu hak mereka. Bagi saya, itu antara diri saya dengan Allah,” katanya kepada mStar Online.

    Ahli perniagaan itu sebelum ini menyatakan akan menunaikan umrah bersama keluarga pada hujung tahun selepas menyelesaikan urusan tertentu.

    Beliau dilaporkan terpaksa berurusan dengan mahkamah bagi menyelesaikan hal kebankrapan ibu bapanya.

    Bagaimanapun, terdapat pihak tertentu mendakwa Sajat ke mahkamah bagi mengesahkan status jantinanya.

    “Buktikan mahkamah mana saya pergi? Kenapa saya nak pergi umrah sampai nak dapatkan perintah mahkamah? Macam saya ni penjenayah pula.

    “Saya pergi umrah bukan kerana orang lain tetapi kerana Allah. Bagi saya (dakwaan itu) mengarut dan berbaur fitnah.

    “Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik, bukan mempersoalkannya,” beliau dilaporkan berkata. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Umrah Kerana Allah, Bukan Tentukan Jantina - Sajat "