• 'Tun Mahathir, Kalau Tak Tahu Jangan Blog'

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir banyak memuat tuduhan tidak tepat terhadap isu pembelian pesawat baru Malaysia Airlines Berhad (MAB), kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Peter Bellew.

    Jelas Peter, beliau selaku peneraju syarikat penerbangan Malaysia sentiasa mahu bersikap telus dengan semua pihak, namun tuduhan oleh Dr Mahathir tidak tepat.

    “Saya sudah baca semuanya dalam blog, ada juga yang dilaporkan kepada saya. Banyak yang tidak tepat, dan tiada sesiapa yang menghubungi saya atau syarikat untuk menyemak (mengesahkan) semua yang dikatakan itu.

    “Saya percaya yang asasnya adalah ada orang kata kami tak beli pesawat dan perkara lain juga. Kami memang merancang untuk memuktamadkan urus niaga membeli pesawat itu terus daripada Boeing,” katanya.

    Katanya, rundingan antara MAB dengan Boeing bagi tujuan pembelian pesawat itu diadakan berbulan-bulan sebelum lawatan Najib ke Washington DC.

    Tambah beliau, syarikat memerlukan pesawat baru ekoran kebanyakan aset dimiliki MAB kini bakal mencapai usia ianya tidak lagi sesuai digunakan dan syarikat memilih pesawat Boeing ekoran ia memberi penawaran terbaik.

    Kekeliruan ialah berhubung laporan yang menyatakan MAB tidak membeli pesawat Boeing berkenaan tetapi memajaknya daripada pihak ketiga.

    Peter menjelaskan, strategi masa depan syarikat itu ialah membeli pesawat baharu terus daripada pengeluar dan menjualnya kepada syarikat pemajak.

    MAB kemudiannya akan menyewa kembali pesawat itu daripada pemajak secara bulanan, katanya.

    "Kaedah ini lebih menjimatkan," katanya sambil menambah dengan tidak memiliki pesawat sendiri, MAB ada banyak pilihan untuk cepat beralih mendapatkan pesawat yang lebih baharu dan lebih canggih seandainya pesawat yang digunakan itu tidak lagi sesuai.

    Peter sebelum ini mengumumkan rancangan MAB untuk menyewa enam pesawat terpakai Airbus A330-200 sebagai ganti kepada enam pesawat Beoing 737 yang sudah dikembalikan kepada pemajaknya.

    Pesawat A30-200 dijangka tiba bermula pada Febuari 2018.

    Kenyataan Peter susulan dakwaan Dr Mahathir menerusi penulisan di blognya mempertikaikan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai urusniaga pembeliau pesawat Boeing sedangkan MAB sebelum itu mengumumkan mahu membeli pesawat Airbus.

    “Adakah MAS akan beli Airbus A350-900 atau Boeing 787 Dreamliner atau kedua-duanya? Adakah keputusan membeli 58 Boeing dibuat MAS, atau ia keputusan peribadi Najib (Razak) sebagai habuan peluang bergambar dengan Trump?” tulis Dr Mahathir.

    Turut sama membidas dakwaan Dr Mahathir adalah penganalisis politik/blogger Lim Sian See yang menyifatkan penjelasan Peter sekaligus memadamkan tuduhan liar Pengerusi Pakatan Harapan tersebut kononnya Peter cubaan untuk mengambil hati Najib.

    "Tun M kantoi menipu lagi. Kalau tak tahu, jangan blog," tegasnya. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " 'Tun Mahathir, Kalau Tak Tahu Jangan Blog' "