• Tun Mahathir Ajar Sarawak MA63, Kit Siang Ajar Abang Jo Pasal Demokrasi

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+
    Perjanjian Malaysia 1963 antara isu popular dibangkit pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama Tun Mahathir dan Lim Kit Siang ketika hadir kempen jelajah Kuching Sarawak. Dengan terpampang slogan 'Tawaran Baru, Harapan Baru' merupakan gimik yang seakan undi rakyat negeri dijadikan pasaran jual beli dengan tawaran menarik.

    Mahathir dan Kit Siang tunjuk taring dengan ucapan yang panas dan lebih tahu tentang Sarawak daripada rakyat negeri ini. Menjelaskan MA63 versi PH agar Sarawak mudah mendapat kembali hak sedangkan semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri beliau tidak peduli pun hak Sarawak. Bercakap soal royalti petroleum Sarawak dan membela untuk mengagih hasil petroleum secara adil tetapi sebelum ini Mahathir pernah menyatakan yang Sarawak adalah negeri kaya dan tidak perlu mempersoal royalti sedangkan Kedah yang sepatutnya mendapat 3% hasil kerana ia adalah sebuah negeri miskin.

    Itulah beberapa kenyataan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Berbalik kepada Lim Kit Siang yang cuba mengajar Sarawak soal demokrasi. Mempertikai tindakan Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg menyekat kemasukan ahli politik pembangkang memasuki Sarawak dengan mendakwa ia adalah tindakan menyalahguna kuasa. Menuduh Sarawak mengamalkan sistem yang tidak demokrasi sedangkan kuasa imigrasi tercatit dalam MA63.

    Apa Kit Siang ingat Abg Jo guna kuasa tersebut sembarangan ?

    Kit Siang perlu ingat, apa yang dilakukan oleh Abg Jo adalah kerana rakyat negeri ini yang mempunyai 27 etnik yang berbilang agama serta hidup aman damai sejak sekian lama. Negeri ini tidak memerlukan pembawaan ideologi politik ekstrem daripada individu atau ahli politik dari Semenanjung. Setiap tindakan Abg Jo mengikut terma dalam MA63 dan bukan atas dasar emosional.

    Kit Siang turut mendakwa tindakan Abg Jo bukan demokrasi yang diamal oleh Malaysia tetapi jika benar Kit Siang mengamal demokrasi, kenapa DAP memiliki jawatan D' Facto yang menyelamatkan kedudukan Kit Siang dalam parti. Ini menunjukkan Kit Siang sendiri tidak mengamalkan demokrasi kerana Kit Siang sendiri tidak pernah memberi peluang untuk ahli lain dalam DAP untuk berkuasa.

    Jadi siapa yang perlu belajar tentang demokrasi dan siapa yang perlu di ajar pasal MA63 ?

    Hakikatnya ucapan Mahathir dan Kit Siang di Kuching hanya gimik untuk melakukan jualan politik mereka kepada rakyat Sarawak yang bukan semudah itu untuk diperbodohkan. Mahathir dan Kit Siang perlu sedar yang rakyat Sarawak lebih matang berpolitik kerana lebih mengetahui politik ekstrem akan merosakkan toleransi kaum negeri ini yang sejak sekian lama kukuh bersatu padu walaupun berbeza kaum dan agama.

    Subjects:

  • No Comment to " Tun Mahathir Ajar Sarawak MA63, Kit Siang Ajar Abang Jo Pasal Demokrasi "