• Tun Daim Beri Keterangan

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, hari ini menghadiri pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar 1990-an.

    Beliau hadir di Mahkamah Putrajaya pada kira-kira jam 9.45 pagi bagi memberikan keterangan berhubung siasatan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi urus niaga mata wang asing pada sekitar 1990-an.

    Siasatan antara lain bertujuan mengenal pasti sejauh mana tindakan menyembunyikan maklumat kerugian serta mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya kepada Parlimen.

    Suruhanjaya Siasatan yang kini sudah berlangsung selama enam hari akan memanggil empat lagi saksi, termasuk Dr Mahathir Mohamad.

    Setakat ini, seramai 21 saksi sudah memberikan keterangan.

    Antara beberapa saksi penting yang sudah memberikan keterangan adalah bekas Menteri Kewangan, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Kewangan Kedua, yang juga Bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Ahmad Mohd Don serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohd Saaid.

    Suruhanjaya dengan enam keanggotaan itu dipengerusikan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

    Anggota lain adalah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.

    Selain itu, Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail, yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan berkenaan. - BHOnline

     Foto Aizuddin Saad

    Subjects:

  • No Comment to " Tun Daim Beri Keterangan "