• Tun Abdul Taib Sampaikan Pemberian Kepada 200 Penerima

    Published: Sunday, 10 September 2017
    A- A+
    Foto Jabatan Penerangan
    KUCHING, 10 Sept (Bernama) -- Sebanyak 200 orang daripada 11 pertubuhan hari ini menerima pemberian daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada majlis jamuan teh di Waterfront Hotel di sini yang diadakan bersempena ulang tahun kelahiran beliau ke-81 dan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

    Mereka adalah dari Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching, Rumah Seri Kenangan Sibu, Pusat Pemulihan Samarahan, Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Sekolah Tunas Bakti Kuching, Desa Bina Diri Kuching, Asrama Akhlak dan Bengkel Seri Sarawak.

    Setiap penerima mendapat RM150 dan hamper bernilai RM100.

    Pada majlis itu, Taib memotong pulut kuning bersama-sama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg . Beliau kemudian merasmikan Pameran Dirgahayu dan Raja Kita di pusat beli-belah berhampiran, Merdeka Plaza.

    Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Amar Datuk Juma'aini Tuanku Bujang dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan. -- BERNAMA
  • No Comment to " Tun Abdul Taib Sampaikan Pemberian Kepada 200 Penerima "