• Tumpaskan Kedah, Sarawak Berpeluang Terus Kekal Dalam Liga Super

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+
    Gambar Kosmo
    Sebelum menentang Kedah, peluang untuk Sarawak kekal dalam Liga Super agak malap kerana anak buah Pengiran Bala berada di kedudukan terbawah dalam saingan liga.

    Kedah yang berada pada kedudukan tiga teratas bukan mudah untuk ditewaskan kerana turut dibarisi beberapa pemain terbaik di Malaysia.

    Permulaan perlawanan antara Sarawak dan Kedah di Stadium Negeri malam tadi seakan-akan memihak kepada pasukan Helang Merah yang mendahului 2-0.

    Seawal minit ketujuh, Kedah sudah mendahului Sarawak menerusi jaringan pemain import Ken Ilso Larsen disusuli gol kedua jaringan Baddrol Bakhtiar.

    Perlawanan yang sudah menjadi milik Kedah itu bertukar menjadi milik Sarawak pada babak kedua selepas Bujang Senang menggandakan usaha.

    Kebangkitan Sarawak bermula selepas Nur Shamie Iszuan Amin berjaya menjaringkan gol pada minit ke-53.

    Sarawak berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mateo Roskam pada minit ke-56.

    Mateo sekali lagi mempamerkan penyudah berbisanya apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat Sarawak pada minit ke-63.

    Malang buat Kedah apabila Baddrol Bakhtiar dibuang padang selepas dilayangkan kad merah selepas mengasari Shamie.

    Sarawak terus memanfaatkan peluang dengan Mohd Hairol Mokhtar menjaringkan gol keempat.

    Dengan mengumpul 20 mata, Sarawak kini naik ke tangga ke 10 Liga Super.-Sarawakiana







    Subjects:

  • No Comment to " Tumpaskan Kedah, Sarawak Berpeluang Terus Kekal Dalam Liga Super "