• Trio MAD Mahathir-Anwar-Daim di sebalik bencana Forex RM32 bilion

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 19 September 2017

    The Edge tidak pernah berbohong, kata penyokong Pakatan Harapan. The Edge hanya menceritakan kebenaran, keseluruhan kebenaran, dan hanyalah kebenaran, sumpah penyokong Pakatan Harapan. Kalau begitu apa yang dilaporkan oleh The Edge pada 24 September 2012 mestilah betul dan merupakan kata-kata daripada Tuhan.

    Tetapi Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang bencana Bank Negara bernilai RM32 bilion akibat perjudian di pasaran Forex itu. Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim berkata sebaliknya.

    "Aktiviti dagangan pertukaran asing yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an, yang mengakibatkan bank negara kehilangan sekurang-kurangnya RM5.7 bilion rizabnya, telah diluluskan oleh Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dengan sokongan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, "kata Anwar, seperti yang dilaporkan oleh The Edge yang sentiasa menceritakan kebenaran itu.

    Pengakuan Anwar bukan sahaja membawa masalah kepada Daim dan Mahathir, ia juga membabitkan Anwar sendiri.

    Pertamanya, Anwar memberitahu Parlimen pada tahun 1993 bahawa tidak ada sebarang kerugian. Kemudian, pada tahun 1994, Anwar berkata kerugian adalah kecil dan hanyalah 'paper loss'. Pada masa yang sama Anwar memberitahu Kabinet kerugian hanyalah RM5.7 bilion dan merupakan 'perbelanjaan tertangguh' dan 'kerugian belum direalisasikan'.

    Jadi Anwar berbohong mengenai tiga perkara. Pertama beliau berbohong tentang jumlah kerugian - beliau berkata ia hanyalah RM5.7 bilion walaupun sebenarnya ia adalah RM32 bilion. Kedua, beliau berbohong tentang sifat kerugian tersebut dengan mengatakan ia adalah perbelanjaan tertangguh dan kerugian belum direalisasikan. Ketiga, beliau menyembunyikan fakta bahawa Mahathir dan Daim adalah dalang di sebalik semuanya dan sebaliknya menyalahkannya pada Gabenor Bank Negara.

    Kini kita tahu bahawa trio MAD, Mahathir-Anwar-Daim, semuanya sama-sama merosakkan Bank Negara. Apa yang dilakukan trio MAD kepada Bank Negara tidak berbeza dengan rogol berkumpulan. Jadi ketiga-tiga mereka berbohong dan ketiga-tiganya harus dihantar ke penjara ... oops, Anwar sudah dipenjarakan, tetapi untuk 'jenis seks yang tidak normal' yang berbeza.

    ***************

    Anwar: Daim dan Mahathir luluskan Dagangan Forex BNM

    (THE EDGE, 24 September 2012): Aktiviti dagangan pertukaran asing yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an, yang mengakibatkan bank negara kehilangan sekurang-kurangnya RM5.7 bilion rizabnya, telah diluluskan oleh Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dengan sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

    Ini dijelaskan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan namanya selepas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin memetik dari Hansard Parlimen 1993 bahawa ahli politik veteran Lim Kit Siang telaah menggesa peletakan jawatan Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu apabila bencana itu ditemui. Lim dikatakan telah menggesa perletakan jawatan Anwar sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk bencana itu.

    "Semasa sesi Parlimen tersebut, saya telah menjelaskan kepada dewan bahawa Gabenor Bank Negara Tan Sri Jaafar Hussein berkata beliau tidak menerima maklumat penuh mengenai aktiviti perdagangan forex, kerana ia telah dijalankan oleh jabatan perdagangan forex di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

    "Sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, saya telah mengarahkan supaya aktiviti dagangan forex itu dihentikan segera. Allahyarham Tan Sri Jaafar berkata kepada saya bahawa aktiviti perdagangan forex itu telah dijalankan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan kelulusan yang diberikan oleh kedua-dua Menteri Kewangan sebelum saya dan Perdana Menteri pada masa itu. Pergi dan tanya mereka!" katanya di Parlimen pada hari Isnin.

    http://www.theedgemarkets.com/article/anwar-daim-and-mahathir-approved-bnm-forex-trading-0

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/the-mad-trio-of-mahathir-anwar-daim-behind-the-rm32-billion-forex-disaster/

    Subjects:

  • No Comment to " Trio MAD Mahathir-Anwar-Daim di sebalik bencana Forex RM32 bilion "