• Tragedi Tahfiz: Bapa Mangsa Hadir

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Salah seorang bapa kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, dua minggu lalu tiba di perkarangan mahkamah di sini hari ini.

    Datuk Dr. Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Mohd. Shahir, 11, yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat melecur di bahagian belakang badan, hadir di mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi.

    Dia yang memakai baju kemeja hitam itu enggan ditemu ramah pemberita, hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding pertuduhan membabitkan enam remaja lelaki berhubung tragedi kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

    Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut dan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan di sekitar lokasi.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Tragedi Tahfiz: Bapa Mangsa Hadir "