• Tonton Video Lucah, Lelaki Dihalau Keluar Bas

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Seorang lelaki dihalau keluar dari bas apabila dia telah mengganggu ketenteraman penumpang lain dengan menonton video lucah di telefonnya dengan kuat.

    Insiden ini dilaporkan berlaku di dalam bas bernombor 37 di Bangkok, Thailand beberapa hari lalu.

    Lelaki itu telah menonton video berkenaan dengan volume yang kuat sehingga mengganggu penumpang-penumpang yang berada di bahagian tempat duduk belakang bas itu.

    Penumpang-penumpang yang berada berhampiran dengan lelaki itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena selepas menyedari ada bunyi pelik yang keluar dari gajet berkenaan.

    Lebih memeranjatkan lagi, lelaki yang berkemeja putih dan bercermin mata hitam ini juga telah mengajak penumpang waita yang duduk di sebelahnya untuk menonton video berkenaan bersama-sama.

    Dah kenapa siap ajak orang lain tengok sekali? Tu dah kira sexual harrasment lah kan?

    Wanita itu menolak pelawaan lelaki tersebut menyebabkan pergaduhan antara mereka tercetus.

    Pergaduhan itu disedari pemandu bas berkenaan lalu dia memberhentikan kenderaan tersebut di pondok polis di bulatan Wongwian Yai untuk meminta tolong pihak berkuasa.

    Akibat campur tangan beberapa orang anggota polis trafik, lelaki itu keluar dari bas sebelum memberontak mengatakan yang pihak polis berkenaan telah melanggar hak peribadinya.

    Langgar hak peribadi? Habis dia dah kacau ketenteraman orang tu macam mana pula?

    Lelaki itu turun dari bas diiringi tepukan dan sorakan penumpang bas bernombor 37 itu.

    Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya dikenakan amaran keras dengan tindakannya dan tidak didakwa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tonton Video Lucah, Lelaki Dihalau Keluar Bas "