• Tindakan Terancang Bakar, Usir Rohingya

    Published: Saturday, 16 September 2017
    A- A+


    LONDON - BRITAIN. Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International telah mengeluarkan imej satelit menunjukkan 'tindakan dirancang' untuk membakar kampung penduduk Rohingya di barat Myanmar.

    Menurut pengarah tindak balas krisis Amnesty, Tirana Hassan, imej tersebut adalah bukti bahawa tatmadaw cuba mengusir kumpulan minoriti ke luar negara.

    "Amnesty mempunyai bukti baharu berdasarkan data pengesanan kebakaran, imej satelit, gambar dan video serta temu bual dengan saksi tentang pembakaran sistematik dirancang yang menyasarkan kampung Rohingya selama hampir sebulan.

    "Bukti itu tidak boleh disangkal. Pasukan keselamatan membakar utara Rakhine dalam tindakan bertujuan mengusir Rohingya. Ia adalah pembersihan etnik," katanya.

    Sejak 25 Ogos lalu, Amnesty mengesan sekurang-kurangnya 80 kebakaran besar di kawasan didiami berikutan serangan ke atas pos keselamatan polis oleh Pejuang Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (Arsa). - BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Tindakan Terancang Bakar, Usir Rohingya "