• Tindakan Meroboh Untuk Keselamatan Dan Keselesaan Semua Pihak - Lo

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+
    gambar fail
    KUCHING: Tindakan meroboh pusat penjaja haram yang terletak di bahu jalan, Jalan Batu Kitang-Bau dekat Kampung Bumbok sini semalam adalah penting bagi keselesaan dan keselamatan semua pihak.

    Ini kerana lokasi pusat penjaja haram yang terletak di bahu jalan, dan ianya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku samada terhadap penjaja, pembeli mahupun para pengguna jalan tersebut.

    Memetik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang di akhbar Utusan Borneo, beliau berkata ia adalah keputusan yang penting demi kebaikan semua pihak.

    Menurutnya, ia bukanlah dibuat untuk kepentingan peribadi semata tapi demi keselamatan kerana pengguna jalanraya yang kian meningkat di kawasan terbabit.

    “Walaupun kami tidak dapat memuaskan hati semua pihak, sebagai pemimpin kami perlu memastikan setiap keputusan yang diambil memberi impak yang baik kepada komuniti secara keseluruhan.

    “Masalah berjaja di Kampung Bumbok sudah terjadi sejak bertahun-tahun lamanya. Tetapi kali ini, keputusan yang diambil benar-benar dapat memberi manfaat kepada komuniti di sini,” lapor akhbar tersebut.

    Lo juga turut percaya dengan semangat keusahawanan yang ada dalam diri setiap penjaja di kawasan itu bakal memberi manfaat dan membuahkan hasil untuk dimanfaatkan oleh semua komuniti.-Sarawakiana
  • No Comment to " Tindakan Meroboh Untuk Keselamatan Dan Keselesaan Semua Pihak - Lo "