• Tiang Ditumbangkan, Komponen AES Dicuri

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya PLUS arah utara berdekatan Pagoh Johor tumbang selepas dirosakkan, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris berkata, polis menerima laporan daripada syarikat penyelenggara AES berkenaan sebelum tiba di situ pada 9.35 pagi

    "Polis menerima panggilan dari syarikat penyelenggara AES mengatakan kamera mereka di Kilometer 151.4 Lebuhraya PLUS arah Utara dirosakkan.

    "Siasatan mendapati tiang ditumbangkan dan komponen AES dicuri dan serpihannya ditinggalkan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Kejadian merosakkan kamera AES bukan kali pertama berlaku kerana pada Disember 2012 dua kamera AES yang dipasang di Kilometer 301.5 Lebuhraya PLUS arah Bangi menuju Kajang, Selangor, disembur cat merah, dipercayai perbuatan sabotaj.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tiang Ditumbangkan, Komponen AES Dicuri "