• Tiada Lagi 'Bodyguard', Aliff Syukri Mohon Lesen Pistol

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengumumkan telah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen memiliki senjata api.

    Berkongsi niatnya menerusi akaun instagramnya, Aliff berkata permohonannya untuk memiliki senjata api adalah bagi tujuan keselamatan.

    “Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan…

    “Supaya saya lebih selamat, no more bodyguards I’m stronger,” tulis Aliff.

    Walaubagaimanapun, kenyataan berkenaan dikecam pengguna media sosial yang majoritinya mengkritik tidakannya mengheboh-hebohkan niatnya untuk memiliki senjata api.

    "Tak mengapa jika Datuk nak kongsi tentang aktiviti Datuk tetapi bukan soal keselamatan di rumah Datuk macam CCTV. Takkan kita nak bagitahu orang yang kita pasang CCTV kan. Sebab nanti mesti orang boleh tahu celah mana pasang CCTV dan lagi senanglah dia orang nak buat kerja (jenayah).

    "Sama seperti bodyguard dan senjata yang Datuk akan memiliki. Kalau boleh jangan hebohkan sebab ini akan mengundang bahaya kepada Datuk nanti," komen _iqashkr di posting intagram Aliff.

    "Minta lesen pistol lepas tu post dekat ig. Mengundang sangat tu. Aduhai la," ujar suejnaz.

    "Sepatutnya Datuk jangan sebut yang Datuk nak mohon kelulusan pistol, manalah tahu ada yang berniat tak baik pada Datuk. Mereka dah boleh tahu apa kelemahan, kekuatan Datuk.

    "Apa Datyk ada untuk selamatkan diri, jadikan mereka dengan mudah merancang," nasihat najwasamion.

    Sehingga artikel ini ditulis, posting di Instagram Aliff mendapat lebih 790 komen yang rata-ratanya mengecam kenyataannya mengumumkan hasrat untuk memiliki senjata api.

    Aliff nyata tidak berpuas hati dan menyatakan berang dengan sikap individu yang mengecamnya.

    "I don't know why people always Josh (judge) me and make me sick you know (saya tak tahu mengapa orang selalu menghukum saya dan ia membuatkan saya geram," balas komen Aliff. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Lagi 'Bodyguard', Aliff Syukri Mohon Lesen Pistol "