• Tiada Halangan Untuk PDP Pertahan Kerusi Ditandingi

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    Exco Pemuda Parti Progresif Demokratik (PDP) melahirkan keyakinan parti tersebut mampu mengekalkan kesemua kerusi parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Malah, Exco Pemuda PDP akan terus menyokong penuh Barisan Nasional (BN) dan yakin dengan strategi dirancang, PDP mampu mengekalkan kerusi termasuk di Baram, Bintulu, Saratok dan Mas Gading.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Pemudanya, Robert Ayu berkata, pihak bersetuju dan menyokong penuh keputusan parti yang tidak melakukan perubahan terhadap calon yang diturunkan di Baram, Bintulu dan Mas Gading manakala Saratok akan menyaksikan calon baharu.

    "Tiada bantahan untuk kemampuan calon Bintulu, Baram dan Mas Gading untuk mempertahankan kerusi," katanya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Halangan Untuk PDP Pertahan Kerusi Ditandingi "