• Tiada Bukti Penyertaan Beramai-Ramai Dayak Ke PBDSB - Rundi

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Dakwaan tanpa statistik daripada Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Cobbold John yang mengatakan lebih ramai Dayak akan menyertai parti tersebut boleh disifatkan sebagai khabar angin, demikian kata Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

    Menurut beliau, PBDSB perlu membuktikan dakwaan mereka dengan statistik yang jelas bagi menyokong dakwaan mereka yang menyatakan lebih ramai Dayak yang akan menyertai parti tersebut.

    "Ini merupakan pandangan peribadi Cobbold John. Tidak ada statistik bagi menyokong dakwaan tersebut menjadikan ia sekadar khabar angin," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Rundi menegaskan bahawa majoriti Dayak merupakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN).

    Setiausaha Pemuda PBB Leonard Jambu pula berkata, tiada fakta kukuh bagi menyokong dakwaan Cobbold.

    Mengulas mengenai dakwaan Cobbold yang mendakwa landskap politik Dayak di Sarawak akan berubah ekoran perbalahan antara Perdana Menteri dan Tun Dr. Mahathir, Leonard berkata, Cobbold hanya akan menambah perbalahan antara mereka namun, ia tidak akan menyebabkan peralihan ahli parti dalam jumlah yang besar di kalangan ahli BN," tambahnya.

    Tambahnya, apa yang disuarakan oleh PBDSB seperti isu tanah sudah diperhalusi dan cara penyelesaian akan dikemukakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Bukti Penyertaan Beramai-Ramai Dayak Ke PBDSB - Rundi "