• Tentera Filipina Bekerjasama Dengan Musuh Lama

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    DATU SALIBO (FILIPINA): Tentera Filipina kini bekerjasama dengan ‘musuh lama’ untuk memerangi kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan Daish.

    Ketika bedilan artileri dan roket ke arah sasaran berdekatan, askar dilihat berbual mesra dengan sekumpulan pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang menyerang kumpulan militan di Mindanao.

    Operasi bersama itu adalah taktik terbaru tentera untuk menghapuskan militan yang menyokong Daish selepas beberapa bulan bertempur dengan satu kumpulan yang menawan Marawi.

    Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Arnel dela Vega berkata, beberapa kumpulan militan mengambil peluang untuk menguatkan kekuatan mereka ketika askar menumpukan serangan di Marawi.

    “Kerjasama dengan MILF termasuk memberi mereka sokongan serangan secara terus termasuk serangan udara dan kepakaran lain,” katanya.

    Menurutnya, perasaan janggal bertempur bersama musuh lama itu juga sudah lenyap.

    MILF adalah pejuang pemisah utama di Mindanao dan konflik dengan kumpulan itu meragut lebih 100,000 nyawa.

    MILF menandatangani perjanjian damai pada 2014 bagi memberi kuasa autonomi di Mindanao tetapi beberapa kumpulan serpihan masih melancarkan pemberontakan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tentera Filipina Bekerjasama Dengan Musuh Lama "