• “Tak Mahulah Asyik Pasangan Sama” – Fikry Ibrahim

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+


    PELAKON Fikry Ibrahim tidak mahu digandingankan dengan pelakon wanita yang sama biarpun ramai yang menyukai kemesraan dan keserasian mereka.

    Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 23, dia ingin mencabar diri dengan berlakon bersama pelakon yang berbeza.

    "Kalau boleh saya tidak mahulah kerap digandingkan dengan pelakon wanita yang sama saja walaupun peminat suka melihat keserasian kami. 

    "Nanti orang cakap saya asik nak tumpang populariti pelakon tersebut pula dan takut ada peminat tak boleh terima saya dengan orang lain. 

    "Jadi, saya nak cabar diri dengan bergandingan bersama pelakon yang berbeza," kata Fikry kepada mStar Online.

    Buat pertama kali gandingan Fikry Ibrahim dan penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey yang ditayangkan pada 2 September lalu berjaya menarik perhatian penonton. 

    Malah, peminat juga mahu melihat Fikry dan Nana bersama sebagai kekasih dalam drama seterusnya.

    Pelakon Hero Seorang Cinderella ini berkata dia bersyukur penonton memberi kata-kata positif mengenai lakonan pertamanya sebagai watak utama.

    "Alhamdulillah, saya bersyukur pertama kali memegang watak utama dan penonton suka dengan lakonan saya. 

    "Saya banyak menerima komen yang positif terhadap drama dan lakonan saya. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk drama seterusnya," ujarnya.

    Fikry kini sedang sibuk menjalani drama bersiri Kerna Syurga Bukan Percuma untuk siaran Astro Oasis yang akan ditayangkan pada Oktober depan.

    Selain itu juga, Fikry merupakan salah seorang ahli kumpulan King Musang dalam program Super Spontan All Stars yang akan bersiaran bermula pada Jumaat di Astro Warna.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " “Tak Mahulah Asyik Pasangan Sama” – Fikry Ibrahim "