• Tabung Derma Pusat Tahfiz Dilarikan Pasangan Dipercayai Suami Isteri

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    KEMAMAN: Satu pasangan dipercayai suami isteri disyaki telah melarikan tabung derma pusat tahfiz di sebuah stesen minyak di Kerteh dekat sini semalam.

    Perbuatan lelaki dan wanita yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an dan 30-an tersebut melarikan tabung derma yang diletakkan di atas kaunter juruwang kedai serbaneka pada pukul 2 petang terbabit telah berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu.

    Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menggunakan modus operandi berpura-pura membeli barangan dan berborak dengan dua juruwang yang bekerja di kaunter tersebut bagi melekakan mereka.

    "Berdasarkan rakaman CCTV kedai serbaneka stesen minyak terbabit, suspek lelaki berpura-pura bertanyakan tentang barangan yang kononnya hendak dibeli manakala suspek wanita pula membuat helah kononnya mahu membuat pembayaran.

    "Sebaik sahaja kedua-dua juruwang itu leka, suspek lelaki dilihat mengambil tabung kutipan derma terbabit sebelum keluar dari premis itu menerusi pintu hadapan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Tabung Derma Pusat Tahfiz Dilarikan Pasangan Dipercayai Suami Isteri "