• Suspek Rogol Cucu Tiri Di Sri Aman Meninggal Dunia

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    SRI AMAN: Petani berusia 54 tahun yang disyaki merogol cucu tirinya sehingga hamil disahkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Sri Aman.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar mengesahkan perkara tersebut berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai minum racun perosak.

    Menurutnya, ketika sepasukan anggota polis melakukan serbuan untuk menahan suspek pada jam 11 malam tadi di pondok sawah miliknya di Sembayang dekat sini, suspek ditemui terbaring dalam keadaan separuh sedar dan berbuih mulut.

    “Susulan itu suspek dibawa ke Hospital Sri Aman menggunakan kenderaan polis sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

    “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan kepada media hari ini.

    Beliau memberitahu, suspek merupakan suspek utama kes rogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun.

    Berdasarkan fakta kes, suspek disyaksi merogol mangsa di ruang tamu rumah mereka ketika ahli keluarga lain sedang tidur.

    Dev menjelaskan, perbuatan tersebut terbongkar hasil percakapan mangsa kepada pihak kaunseling hospital, yang mengakui telah dirogol datuk tirinya sebanyak dua kali Ogos lalu.

    Kaunseling tersebut ekoran kejadian mangsa yang cuba membunuh diri pada 21 September lalu dengan terjun dari tingkat satu asrama sekolah, kerana mendapati dirinya telah hamil lima minggu.

    Susulan itu, pihak hospital telah membuat laporan di Balai Polis Sri Aman dan tindakan mengesan dan mencari suspek sejurus laporan dibuat.

    Kes disiasat mengikut 376B Kanun Keseksaan. - Sarawakiana

  • No Comment to " Suspek Rogol Cucu Tiri Di Sri Aman Meninggal Dunia "