• SUPP, UPP Sokong Langkah SPRM Tapis Calon PRU14

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Tiada masalah bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, kata Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ia merupakan prosedur standard untuk mana-mana calon bertanding.

    Malah menurutnya, calon yang diturunkan SUPP kali ini mempunyai standard yang baik.

    "Ini adalah prosedur standard...bukan sahaja diperiksa SPRM tetapi juga polis dan Jabatan Insolvensi," katanya.

    Bagi Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh berkata, pemeriksaan calon untuk PRU14 adalah langkah asas kepada semua parti politik.

    "Ia perlu dilakukan dan merupakan langkah asas yang perlu dijalankan untuk memastikan calon benar-benar layak," ujarnya.

    Wong menjelaskan, semua calon UPP yang bakal bertanding sudaah diperiksa.

    "Kita (UPP) sudah melakukannya. Kita mengemukakan nama kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg )," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " SUPP, UPP Sokong Langkah SPRM Tapis Calon PRU14 "