• Sultan Kedah Mangkat

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    Sumber Negeri Kedah memaklumkan bahawa Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah mangkat sekitar 3.15 petang tadi di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah.

    Bagaimanapun belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri Kedah atau Istana Anak Bukit.

    Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah dijadualkan mengadakan sidang media sekitar 5 petang ini.

    Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

    Baginda merupakan satu-satunya Sultan yang menjadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali.

    Kali pertama pada 1970-1975 ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

    Kali kedua ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

    Pelantikan kedua untuk tempoh lima tahun mulai 13 Disember 2011 dan menamatkan perkhidmatan pada Disember 2016.

    Sultan Abdul halim akan diingati dengan beberapa tindakan sederhana beliau baginda.

    Pada 1970 baginda hanya menaiki keretapi ke Kuala Lumpur untuk upacara pertabalan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia.

    Pada 2006, almarhum juga mengejutkan jutaan peminat bola sepak kedah apabila berjalan kali lebih daripada sebatu untuk melihat pasukan kedah menentang Pulau Pinang setelah terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk.

    Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

    Sebagai putera raja yang sangat berhemah tinggi, Tuanku Abdul Halim terkenal dengan penuturan yang lemah lembut dan bersopan santun.

    Baginda adalah pemerintah yang dididik daripada kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang tinggi berasaskan agama dan keduniaan.

    Keperibadian baginda yang mesra dengan rakyat jelata sudah tersemai dalam jiwa sejak kecil terutama ketika menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1946 hingga 1949 baginda pernah bersemayam di asrama sekolah tersebut dan bergaul dengan pelajar lain daripada pelbagai lapisan.

    Baginda juga amat mengambil perhatian hal-ehwal agama dan rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda dan keprihatinan baginda jelas terbukti apabila baginda berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Setar iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri. - BNBCC News

    Al Fatihah

    انا لله وانا اليه راجعون…

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    *Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah baginda, rahmatilah baginda, maafkanlah baginda, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kerabatnya, semoga almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…

    Subjects:

  • No Comment to " Sultan Kedah Mangkat "