• Sufian Suhaimi, Elfira bertunang 6 Oktober depan

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, pelakon Elfira Loy pada 6 Oktober depan.

    Sufian, 25, berkata, majlis yang diadakan secara sederhana itu bakal berlangsung di kediaman keluarga Elfira yang terletak di ibu kota.

    "Setakat ini, kami masih lagi menguruskan persiapan untuk majlis pertunangan saya dan Elfira.

    "Doakan majlis tersebut berjalan lancar," ujar Sufian ketika ditemui pada majlis pembukaan restoran Seoul Garden di Melawati Mall, di sini sebentar tadi.

    Bagaimanapun, Sufian yang popular dengan lagu Terakhir berkata, pihak keluarganya dan keluarga Elfira masih belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

    Hubungan istimewa mereka mula diperkatakan umum selepas Sufian menghadiahkan Elfira 23 kuntum bunga rose sempena ulang tahun kelahiran ke-23 Mac lalu.

    Sebelum ini, Elfira pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dari Indonesia, Baim Wong. Namun, hubungan cinta tersebut putus di tengah jalan. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sufian Suhaimi, Elfira bertunang 6 Oktober depan "