• Statement Melampau Isu Tahfiz, Ini Respon Sharnaaz…

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    Apabila terlalu banyak berita dan spekulasi, maka sudah pasti ramai juga yang ingin menjadi penghukum dan penyiasat.

    Sebelum ini netizen heboh dikejutkan dengan statement ‘panas’ pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman dikatakan ‘hina’ pengetua tahfiz isu syahid.

    Terkini pelakon, Shaarnaz Ahmad pula dilihat mencuri perhatian ramai. Haaa… apa ceritanya ni?

    Baru-baru ini, Shaarnaz telah mengeluarkan kenyataan menuntut pesalah yang membakar pusat tahfiz diseksa di khalayak ramai sehingga mati telah menarik perhatian ramai netizen.

    Seperti biasa, ada antara netizen yang bersetuju dan terdapat juga beranggapan kenyataan seperti itu tidak sesuai dikongsi kepada umum.

    Bagaimanapun, Shaarnaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad menjelaskan kenyataan itu dibuat ketika dia dalam keadaan marah.

    Apa yang cuba disampaikan oleh pelakon itu sebenarnya ialah pesalah berkenaan seharusnya menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan.

    “Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu.

    “Walaupun mereka kanak-kanak, hukuman yang dikenakan perlu setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga.

    “Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan jenayah lain pula,” terangnya yang pernah membintangi drama bersiri popular Juvana seperti dilaporkan mStar Online.

    Tambahnya lagi, hukuman terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan oleh tujuh kanak-kanak itu seharusnya dijadikan pengajaran dan diambil ikhtibar oleh semua pihak.

    Hal ini adalah bagi mengelakkan keadaan seperti ini berulang lagi di masa akan datang.

    “Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja.

    “Pada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya,” kata Sharnaaz.

    Sementara itu, dia turut menujukan kenyataan tersebut kepada diri sendiri yang dilihat kurang peka terhadap permasalahan dalam kelompok masyarakat.

    “Ia masalah dalam masyarakat yang mana semua pihak perlu ambil berat, saya juga rasa bersalah kerana kurang ambil perhatian terhadap masalah sosial dan kesempitan pusat tahfiz.

    “Bila sudah berlaku isu seperti ini baru kita nak marah di laman sosial, bagi saya semua pihak perlu bertanggungjawab terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar lebih memperluaskan lagi kempen kesedaran bahaya dadah,” ujarnya.

    Kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pada 14 September lalu, telah mengorbankan seramai 21 pelajar dan dua warden.

    Ekoran itu, pihak berkuasa telah menahan tujuh remaja dalam lingkungan usia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Subjects:

  • No Comment to " Statement Melampau Isu Tahfiz, Ini Respon Sharnaaz… "