• SPRM Tahan Setiausaha Politik

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    KEPALA BATAS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan setiausaha politik kepada menteri yang juga bergelar Datuk di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata penahanan lelaki berumur 61 tahun itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

    "Lelaki berkenaan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan kita percaya beliau ada kaitan dengan empat lagi individu yang ditahan pada 13 September lalu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang di sini, hari ini.

    Minggu lalu, SPRM menahan empat individu termasuk seorang bergelar Datuk di beberapa tempat di Kuala Lumpur, selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan dana PTPK sebanyak RM40 juta.

    Tiga daripada empat individu yang ditahan ialah pegawai kanan PTPK, manakala seorang lagi pengarah syarikat yang berumur 38 tahun.

    Bagaimanapun, keempat-empat individu itu sudah dibebaskan pada 23 September lalu. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " SPRM Tahan Setiausaha Politik "