• ‘Spiderman’ Selamatkan Mangsa Kemalangan?

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+

    Sudah pasti watak-watak superhero menjadi kegilaan orang ramai. Lagi-lagi anak-anak kecil yang dari awal lagi sudah didedahkan dengan watak-watak adi wira popular ini.

    Baru-baru ini tular satu video menerus laman Facebook dalam kalangan rakyat Thailand. Rakaman menunjukkan ‘Spiderman’ datang membantu mangsa selepas terpelanting dari motosikalnya akibat dilanggar sebuah lori.

    Jika dilihat berdasarkan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ, penunggang motosikal tersebut telah menukar lorong tanpa melihat kenderaan lain.

    Disebabkan kecuaian itu, sebuah lori berwarna putih telah terlanggarnya dan mengakibatkan penunggang motosikal itu terjatuh dan terpelanting ke lorong sebelah.

    Bagaimanapun, kelihatan seseorang yang memakai kostum Spiderman tiba-tiba muncul berlari untuk ‘menyelamatkan’ mangsa.

    Menariknya, ‘Spiderman’ itu datang membantu mangsa dengan membawa sejambak bunga bersamanya. Rupa-rupanya ‘Spiderman’ itu adalah seorang penjual penjual bunga dan digelar ‘Flower Spiderman’.

    Menurut sebuah portal online tempatan, ‘Spiderman’ yang dikenali sebagai Wasan Ketsuwan itu memang akan memakai kostum Spiderman semasa menjual bunga di persimpangan Tha Yang.

    Insiden itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan Wasan yang murni itu.

    Menurut portal itu lagi, Wasan merupakan bekas pelakon teater sebelum dia menjadi penjual bunga.

    Dengar-dengarnya bukan hanya mempunyai kostum Spiderman, tetapi lelaki ini turut mempunyai kostum lain seperti Ironman dan Minion.

    Tapi, sebenarnya tidak kiralah siapapun yang mengalami kesusahan, bukan ke bagus kalau dapat menghulurkan bantuan? Harap-harapnya akan ada ramai lagi netizen seperti Wasan ini.

    Sekurang-kurangnya dapatlah dicontohi oleh kanak-kanak yang excited apabila melihat aksi superhero kegemaran mereka menyelamatkan orang.

    Jangan hanya tahu merakam kisah kesusahan orang dan menularkannya saja. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Spiderman’ Selamatkan Mangsa Kemalangan? "