• Siasatan Skandal 1MDB Sudah Selesai, Tak Perlu Buka Lagi - KPN

    Published: Thursday, 21 September 2017
    A- A+


    KOTA BHARU – Siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai selepas tiga bulan tempoh Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu itu.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.

    “Tak ada, kita tak ada keperluan baru, siasatan itu dah selesai, kecuali kita ada arahan daripada PAC atau Kabinet dalam perkara ini. Tiada perkara baru perlu saya beritahu pihak media dan orang awam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Universiti Malaysia Kelantan di Kota Bharu, semalam.

    Pada Jun lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu 1MDB.

    - Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Siasatan Skandal 1MDB Sudah Selesai, Tak Perlu Buka Lagi - KPN "