• Setiap Kali Pilihan Raya, Pembangkang Di Sarawak Pasti Bergaduh

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    Setiap kali pilihan raya, pihak pembangkang di bawah teraju Pakatan Harapan (PH) sebenarnya tidak pernah bekerjasama termasuk pertelagahan melibatkan pembahagian kerusi.

    Mendedahkan perkara tersebut, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menjelaskan, pakatan pembangkkang di negeri ini sememangnya tidak pernah menjalinkan kerjasama setiap kali pilihan raya umum atau pilihan raya negeri.

    Memetik laporan Utusan Borneo menurutnya, setiap kali pilihan raya umum atau pilihan raya negeri, pasti berlaku perbalahan pembahagian kerusi melibatkan PAS, DAP dan PKR.

    Lebih memburukkan keadaan lagi tambahnya, pertembungan tiga penjuru sesama pakatan pembangkang juga akan berlaku pada setiap kali pilihan raya.

    "Walaupun PH Sarawak tidak mahu bekerjasama dengan PAS Sarawak, kita sudah lama membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti Pilihan Raya Negeri yang lalu, kita terus bertanding tanpa ada kerjasama dengan PH.

    "Jadi, kita akan terus berusaha semampu mungkin untuk menyakinkan rakyat bahawa PAS Sarawak pun boleh jadi suara atau wakil rakyat kalau terpilih," katanya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Setiap Kali Pilihan Raya, Pembangkang Di Sarawak Pasti Bergaduh "