• Sertai Pertandingan Reka Cipta Logo Bank Pembangunan Sarawak

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+


    KUCHING: Orang ramai dipelawa menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan menyertai Pertandingan Reka Cipta Logo Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

    Pertandingan itu diadakan atas saranan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sempena pelancaran DBOS, sebagai program kesedaran dan penglibatan awam mengenai penubuhan dan kreativiti warga Sarawak dalam mencipta logo institusi kewangan pembangunan pertama milik negeri ini.

    Menurut satu kenyataan semalam, reka cipta mestilah asli simplistik dan profesional serta mempunyai perkataan DBOS dan nama penuh Development Bank of Sarawak dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.

    Selain itu, reka cipta hendaklah menggunakan warna-warna yang mempamerkan ciri-ciri keunggulan serta hendaklah menggunakan grafik komputer dalam bentuk ‘soft-copy’ menggunakan format JPEG resolusi minimum 1280X960 dan dihantar dalam saiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) secara atas talian.

    Semua logo yang diterima oleh jawatankuasa penganjur akan menjadi hak milik kerajaan Negeri dan pihak urus setia berhak meminda mana-mana bahagian logo.

    Setiap penyertaan mesti disertakan dengan keterangan mengenai reka bentuk logo dan warna yang digunakan.

    Reka bentuk logo hendak- lah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti masingmasing.

    Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Sarawak berumur 18 tahun ke atas dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, namun hanya satu logo sahaja dipilih sebagai pemenang utama.

    Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan. Lima pemenang sagu hati masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil penyertaan.

    Keputusan akan diumumkan melalui surat atau telefon dan keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

    Para peserta dikehendaki menghantar penyertaan selewat-lewatnya pada 29 September 2017 menerusi e-mel samuel. s@ sarawak. gov. my; joachipj@sarawak.gov. my; azirasm@sarawak.gov. my;jennyvee@sarawak.gov. my; rinom@sarawak.gov.my dan norazahm@sarawak.gov. my.

    Penyertaan juga boleh dikemukakan ke alamat Urus Setia, Pertandingan Mencipta Logo Development Bank of Sarawak (DBOS), Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 8, Wisma Bapa Malaysia, 93502 Petra Jaya, Kuching.

    Borang penyertaan boleh didapati di alamat urus setia berkenaan di atas atau dimuat turun daripada laman web Kerajaan Negeri Sarawak iaitu www.sarawak.gov.my. - Utusan Borneo.
  • No Comment to " Sertai Pertandingan Reka Cipta Logo Bank Pembangunan Sarawak "