• Sepuluh rakyat Malaysia terbabit

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+


    KEMENTERIAN Luar mengesahkan, 10 warga Malaysia terbabit insiden kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand pada 10 September lalu, jam 8.30 malam waktu tempatan.

    Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu hari ini, dua daripada mangsa kebakaran dikejarkan ke General Hospital Christchurch untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

    "Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan semua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

    "Kementerian Luar melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terbabit dalam insiden ini," kata kenyataan itu di Putrajaya, hari ini.

    Dalam pada itu, warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di talian +64-4-385 2439 atau +64-4-801 5659 manakala, emel mwwellington@kln.gov.my.

    Alamat suruhanjaya berkenaan ialah, 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6141 New Zealand.

    Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan, rumah penginapan disewa kumpulan pelancong rakyat Malaysia di Christchurch dilaporkan mengalami kebakaran.-HMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sepuluh rakyat Malaysia terbabit "