• Seorang Maut, 3 Cedera Langgar Tiang Lampu Di Sibu

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+
    SIBU: Seorang lelaki warga emas maut sementara tiga lagi mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Teng Chin Hud di sini pagi tadi.

    Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8. 10 pagi setelah kenderaan Perodua Myvi yang mereka naiki tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tiang lampu di bahu jalan.

    Tan Lian Chay, 66 meninggal dunia ditempat kejadian manakala tiga penumpang lain hanya mengalami cedera ringan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang merupakan pemandu kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan.

    “Mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kehadiran pihak Bomba, sementara tiga penumpang hanya cedera ringan,” katanya

    Mayat mangsa diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Seorang Maut, 3 Cedera Langgar Tiang Lampu Di Sibu "