• Semua Exco FAS Dilayan Sama Rata

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini menafikan kenyataan tular dalam Facebook yang mendakwa segala keputusan pentadbiran hanya dibuat oleh tiga orang exco tertentu sahaja.

    Presidennya, Dato Posa Majais berkata, sepanjang memegang tampuk kepimpinan FAS, segala perancangan dan keputusan dibuat adalah berdasarkan persetujuan majoriti exco FAS dan bukan oleh individu tertentu sahaja.

    "Saya memohon pihak yang mendakwa berlakunya situasi seperti ini untuk berhubung terus dengan saya sekiranya ada exco yang dipinggirkan seperti didakwa," katanya menerusi kenyataan akhbar.

    Subjects:

  • No Comment to " Semua Exco FAS Dilayan Sama Rata "