• Semangat Patriotisme Harus Dipupuk Dari Kecil

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+
    Memang benar seperti yang dinyatakan oleh ADUN Dudong Datuk Tiong Tai Khing bahawa lebih mudah memupuk semangat patriotisme dalam diri bermula dari kecil lagi. Ini kerana masa kecil lebih mudah menerima apa yang dipelajari.

    Namun keadaan hari ini sudah jauh berubah. Pada masa dahulu setiap kali sambutan Hari Kebangsaan sudah pasti rumah-rumah di seluruh Sarawak, baik di bandar mahupun luar bandar akan dihiasi bendera Malaysia dan Sarawak.

    Pada masa kini ia semakin terhakis dan kibaran bendera di rumah-rumah semakin berkurangan. Seakan sudah melupakan Hari yang bersejarah.

    Jika dahulu, ibubapa akan melibatkan anak-anak sekali menghias rumah dengan bendera. Secara tidak langsung ia menanam semangat patriotisme dalam diri anak-anak.

    Hari inj ibubapa sudah tidak mengambil endah hal tersebut. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak menunjuk atau mengajar anak-anak semangat tersebut.

    Oleh yang demikian, sesuatu harus dilakukan dan ibubapa berperanan penting untuk membimbing generasi muda agar semangat patriotsme terus terpahat selamanya.

    Subjects:

  • No Comment to " Semangat Patriotisme Harus Dipupuk Dari Kecil "