• Seleweng RM40j: SPRM Panggil Menteri Bagi Keterangan

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dipanggil SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

    Beliau yang tiba dipekarangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 10 pagi tadi sebelum dibawa untuk memberikan kenyataan berhubung penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 juga.

    Sebelum ini, setiausaha politik kepada seorang menteri telah ditahan reman selama enam hari dipercayai mempunyai kaitan yang sama.

    Pada 13 September lalu, SPRM juga telah menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk.

    SPRM dalam satu kenyataan memberitahu mereka yang ditahan adalah pegawai kanan agensi itu.

    Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur antara jam 4.30 petang dan 6 petang dalam satu operasi yang dilancarkan.

    Ketiga-tiga pegawai PTPK tersebut dipercayai telah bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut untuk penyelewengan wang yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

    Menurut sumber, maklumat awal yang diperolehi mendapati keempat-empat mereka dipercayai telah menyelewengkan hampir RM40 juta pada tahun 2016 dan 2017.

    Richard Riot ketika tiba di pejabat SPRM, Putrajaya.
    Katanya, pada tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan RM35 juta manakala RM40 juta pada tahun ini untuk mengendalikan program-program latihan tersebut.

    Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, mereka telah menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini.

    Ketiga-tiga pegawai itu juga telah berpakat dengan pengarah syarikat tersebut dan meluluskan 15 buah syarikat miliknya untuk mengendalikan program-program tersebut. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " Seleweng RM40j: SPRM Panggil Menteri Bagi Keterangan "